Kaedah Al-Barqy Menarik dan Berkesan Kerana:
- Selari dengan bahasa Arab.
- Pendekatan kata kunci yang menjadi titian ingatan untuk memahami perkara baru.
- Sistem yang tersusun yang membentuk keupayaan anak untuk membaca Al-Quran secara bertahap.
- Teknik pengajaran yang berkesan.
Kaedah Belajar Membaca Al-Quran yang Cepat, Ceria dan Anti-Lupa
CEPAT
Kaedah Al-Barqy disusun agar anak-anak dan orang dewasa cepat membaca Al-Quran. Melalui pendekatan kata kunci, bunyi dan huruf al-Quran dapat dipelajari dengan cara yang cepat dan mudah.
CERIA
Pelajaran bermodul yang dilengkapi dengan bahan tunjuk ajar dan aktiviti pengukuhan dan pengkayaan menarik minat anak untuk terus belajar.
ANTI-LUPA
Pendekatan bermodul berdasarkan kata kunci dengan kaedah pengulangan yang tersusun memudahkan anak untuk tidak lupa perkara yang dipelajari.
Spesifikasi:
- Muka Surat: 80
- Saiz Buku: 210.00 X 29.70 mm
- Berat: 0.223 kg
- ISBN: 9789832480006