icon-search
icon-search

FAQ-01.png


Apa itu ‘Dropship’?

‘Dropship’ adalah salah satu model perniagaan di mana:

  • Anda sebagai ‘Dropshipper’ mempromosikan, berkongsi, melayan pertanyaan & menerima bayaran tempahan daripada bakal pelanggan. 
  • Seterusnya anda sebagai ‘Dropshipper’ membuat tempahan dan bayaran dalam portal AWALBIZ.COM dan kemudian mengemas kini status penghantaran kepada pelanggan anda.
  • AWALBIZ.COM akan terus menghantar tempahan kepada pelanggan anda tanpa invois.
Siapakah yang boleh mendaftar?
Program Dropship AWALBIZ.COM terbuka kepada semua individu, institusi & syarikat yang ingin menjana pendapatan. Pendaftaran buat masa ini adalah PERCUMA. Yuran RM10 akan dikembalikan kepada anda di dalam bentuk store credit RM10.

Excited.jpg

Kelebihan program Dropship adalah:
  • Tidak perlu menyewa kedai untuk menyimpan stok.
  • Tidak perlu mengupah pekerja untuk operasi membungkus & menghantar tempahan.
  • Tiada risiko stok tidak terjual

Fokus anda sebagai Dropshipper hanyalah menjual menggunakan alat komunikasi pemasaran yang disediakan oleh AWALBIZ.COM

Berapakah hasil pendapatan yang bakal diperoleh?
  • Pendapatan Dropshipper tiada had!
  • Semakin banyak jualan, semakin banyaklah pendapatan yang bakal anda peroleh.
  • Setiap produk yang ditawarkan di portal AWALBIZ.COM, anda layak mendapat diskaun minimum 25%.

Contoh:

  1. Harga runcit: RM 100
  2. Harga istimewa untuk bakal pelanggan Dropshipper: RM 95
  3. Harga Dropshipper @ 25% diskaun daripada harga (2) : RM 71.25
  4. Untung Dropshipper: RM23.75

Untung.jpg

Apakah bantuan promosi yang diberikan oleh AWALBIZ.COM?

Pada setiap laman produk yang ditawarkan dalam portal AWALBIZ.COM akan mengandungi:

  • Gambar produk yang anda boleh muat turun.
  • Ayat jualan yang anda boleh salin dan tampal (copy paste).
  • Video jualan yang anda boleh muat turun melalui Dropbox.
  • Gambar, video & ayat jualan yang diberikan adalah terbukti berkesan untuk membuat jualan & sesuai untuk media sosial.
  • Sertai Channel Telegram Broadcast untuk info terkini.
  • Sebarang cadangan & pertanyaan boleh hubungi kami di admin@awalbiz.com
  • Hadiah & Bahan Percuma untuk pelanggan anda.

DROPSHIPPER juga bebas menjalankan aktiviti promosi berdasarkan kreativiti sendiri mengikut terma & syarat yang tertera di atas.

Adakah Dropshipper boleh menjual di marketplace seperti di shopee, Lazada dsb?
Buat masa ini program Dropship AWALBIZ.COM hanya menyokong AWB shopee. Proses tempahan & upload AWB mestilah melalui portal https://awalbiz.com Baca: Cara Order Dropship Shopee 

Apakah bantuan sokongan khidmat pelanggan yang diberikan oleh AWALBIZ.COM?
  • Pembungkusan produk yang selamat & tepat.
  • Penghantaran dibuat pada setiap hari kecuali hari Sabtu, Ahad & Cuti umum.
    • Tracking no. akan diberikan dalam akaun anda.
  • Tip-tip pemasaran akan diberikan dari semasa ke semasa melalui blog di https://awalbiz.com
  • Sertai Channel Telegram Broadcast untuk info terkini.
  • Tawaran, promosi & cabutan bertuah akan diberikan dari semasa ke masa untuk memudahkan DROPSHIPPER membuat jualan.
  • Hubungi kami di admin@awalbiz.com untuk khidmat agen Dropship. 
Penafian:

Terma, syarat dan FAQ ini tertakluk kepada perubahan dan pindaan oleh syarikat Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd dengan portal AWALBIZ.COM pada bila-bila masa.

Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian sekiranya DROPSHIPPER gagal mengikut terma, syarat & FAQ seperti di atas.


Thank You.jpg

Your cart is currently empty.
Continue shopping