ANUGERAH BUKU TERPILIH THE INTERNATIONAL BOARD ON BOOKS FOR YOUNG PEOPLE (IBBY) MALAYSIA 2021 - SIJIL KEPUJIAN KEPADA PENULIS DAN JUGA ILUSTRATOR
Ketakutan kepada hantu atau benda-benda lain yang sering mengganggu kanak-kanak. Budaya takut hantu perlu diubah kepada budaya percaya bahawa Allah Penguasa segalanya dan tiada apa yang mengatasi-Nya. Segala kerisauan, keinginan dan keperluan disandarkan kepada Yang Maha Pencipta dan bukannya kepada sesuatu yang tidak pasti dan tidak nampak.
Buku ini menarik dan berkesan kerana:
- Mengajar kanak-kanak mengenal dan mengurus emosi melalui penceritaan. Ini amat penting untuk membina konsep kendiri yang positif.
- Cerita ini mengajar anak agar mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Allah.
- Cerita yang bersesuaian dengan peringkat umur dengan ilustrasi yang menarik.
- Teknik bacaan seperti bacaan bersama dan bacaan dengan bersuara boleh diaplikasikan supaya penceritaan lebih bermakna.
Spesifikasi:
- Ciri Buku: Berwarna
- Muka Surat: 24
- Saiz Buku: 203.2 X 203.2mm
- Berat: 0.146 kg
- ISBN: 9789673624263