Mengapa ibu bapa perlu memberi sokongan supaya anak memakai baju sendiri?
Ini dapat membantu anak untuk mengembangkan kemahiran otot dan mindanya. Ia juga mendidik anak untuk berdisiplin, bertanggungjawab dan membuat keputusan yang akan membina keyakinan diri.
Buku ini menarik dan berkesan kerana:
- Mengajar kanak-kanak mengenal dan mengurus emosi melalui penceritaan. Ini amat penting untuk membina konsep kendiri yang positif.
- Membentuk perkembangan literasi kanak-kanak melalui bacaan cerita berirama.
- Cerita yang bersesuaian dengan peringkat umur dengan ilustrasi yang menarik.
- Teknik bacaan seperti bacaan bersama dan bacaan dengan bersuara kuat boleh diaplikasikan supaya penceritaan lebih bermakna.
Spesifikasi:
- Ciri Buku: Berwarna
- Muka Surat: 24
- Saiz Buku: 203.2 X 203.2mm
- Berat: 0.146 kg
- ISBN: 9789673624768