Syarah Hadis 40 Imam Nawawi
Buku Syarah Hadis 40 Imam Nawawi siri 1 ini mengandungi satu bab tentang
pengenalan Ulum Hadis dan pengenalan Mustalah Hadis. Hal ini supaya para pembaca
dapat memahami secara umum asas-asas berkaitan hadis. Bab-bab seterusnya
adalah syarah hadis 40 Imam Nawawi dengan huraian ulama yang muktabar dan
perbincangan permasalahan terkini bermula hadis 1 hingga hadis 7 sahaja. Untuk
hadis yang seterusnya akan disambung didalam siri yang lain sehinggalah sempurna
Hadis 40 Imam Nawawi.
Dalam menghasilkan siri buku Syarah Hadis 40 Imam Nawawi ini, panel penyusun
telah merujuk penulisan-penulisan seperti berikut:
1. AL-WAFI, Syarah Kitab Arbai’in An-Nawawiah oleh Dr. Musthafa Dieb
Al-Bugha & Muhyiddin Mistu. Penterjemah: Muhil Dhofir.
2. SYARAH HADIS 40 AL-NAWAWIYYIAH oleh Zulhilmi Mohamed Nor, Mohd
Yusuf Ismail, Amiruddin Mohd Sobali, Ahmad Sanusi Azmi.
3. HADITH 40 Terjemahan dan Syarahnya oleh Mustafa ‘Abdul Rahman.
4. Asas Kenali HADIS SAHIH, DHAIF DAN PALSU oleh
Dr. Shayuthy Bin Abdul Manas.
الØديث النبوي كمصدر الØكم . 5 oleh Mohd Yusuf Ismail.
6. DISKUSI ISU AQIDAH DAN PEMIKIRAN SEMASA DI MALAYSIA
oleh Mohd Aizam Bin Mas’od.
7. BAYAN LINNAS PENJELASAN ISU-ISU SEMASA (Jilid 1-3) oleh
S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-bakri.
Semoga dengan memiliki buku ini pembaca dapat memahami lebih lagi tentang ilmu
agama Islam serta memanfaatkannya di dalam kehidupan seharian sungguhpun
masih terdapat kekurangan di dalam penyusunan buku ini. Diharapkan dengan
penyusunan buku ini dapat memberi kebaikan kepada semua pembaca terutama
umat Islam seluruhnya.
- Ciri Buku: Berwarna
- Muka Surat: 191 halaman
- Saiz Buku: 25cm X 19cm
- Berat: 0.411 kg
- ISBN: 9789673625024