ANUGERAH BUKU TERPILIH THE INTERNATIONAL BOARD ON BOOKS FOR YOUNG PEOPLE (IBBY) MALAYSIA 2021 - SIJIL KEPUJIAN KEPADA PENULIS DAN JUGA ILUSTRATOR
Buku bacaan awal ini memfokuskan kepada perkembangan emosi kanak-kanak melalui penceritaan kisah kucing yang pelbagai ragam.
Buku ini menarik dan berkesan kerana:
- Mengajar kanak-kanak mengenal dan mengurus emosi melalui penceritaan. Ini amat penting untuk membina konsep kendiri yang positif.
 - Membentuk perkembangan literasi kanak-kanak melalui bacaan cerita berima.
 - Cerita yang bersesuaian dengan peringkat umur dengan ilustrasi yang menarik.
 - Teknik bacaan seperti bacaan bersama dan bacaan dengan bersuara boleh diaplikasikan supaya penceritaan lebih bermakna.
 
Spesifikasi:
- Ciri Buku: Berwarna
 - Muka Surat: 24
 - Saiz Buku: 203.2 X 203.2mm
 - Berat: 0.147 kg
 - ISBN: 9789673624133
 
                          
                
                
                
                
                
                
                
                
                