Terdapat 10 buah projek yang telah diuji rintis dan dibuktikan sesuai serta mampu dilakukan oleh murid seawal 4 tahun.
Buku ini mengandungi panduan mudah kepada pendidik cara melaksanakan dan mengintegrasikan mata pelajaran sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan dalam satu projek STEM yang menarik.
Melengkapi standard pembelajaran dalam Tunjang Sains dan Teknologi yang disenaraikan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2017 serta boleh digabungjalinkan dengan 5 Tunjang yang lain.