Kaedah Belajar Menulis Jawi
AWJAD
Pelopor Inovasi Penulisan Jawi yang Cepat, Tepat & Aktif!
CEPAT
Kaedah AWJAD memudahkan anak-anak dan orang dewasa untuk lancar menulis Jawi. Dalam masa 5 minit sahaja sudah cukup untuk seseorang yang tidak tahu Jawi untuk mula menulis Jawi.
TEPAT
Tulisan Jawi ada sistem ejaannya yang tersendiri. Kaedah AWJAD memberi ketepatan dalam ejaan menurut piawai Dewan Bahasa dan Pustaka.
AKTIF
Kaedah AWJAD berpusatkan kepada murid. Pelbagai aktiviti disusun agar murid aktif dalam memahami sesuatu pelajaran yang baharu.
Mengapa Pendidikan Jawi Amat Penting Bagi Anak Anda
- Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah diajar dalam tulisan Jawi. Jika anak anda merangkak-rangkak membaca dan menulis Jawi, dia akan hilang minat untuk memberi fokus kepada isi kandungan pelajaran. Akhirnya dia akan ketinggalan dalam Pendidikan Islam.
- Bukan itu sahaja, malah kelemahan dalam Jawi juga boleh membantut anak-anak untuk lancar membaca al-Quran. Mungkin inilah sebab utama masih ramai anak dan juga orang dewasa yang tidak lancar atau tidak dapat langsung membaca al-Quran.
- Tulisan Rumi merupakan tulisan pengantar dalam pendidikan.
- di sekolah. Murid-murid lebih selesa dengan tulisan Rumi. Itulah sebab ramai murid susah membaca Jawi apatah lagi menulis Jawi.
- Susahnya membaca dan menulis Jawi berpunca daripada kaedah mengajar Jawi yang tidak berkesan. Ini ditambah lagi dengan Jawi hanya perlu dalam Pendidikan Islam. Maka motivasi untuk menguasai Jawi perlu dipupuk dengan kaedah AWJAD.
Memudahkan Pembelajaran Dan Pengajaran
Arahan yang lengkap disusun dalam setiap halaman buku aktiviti.
Bagaimana Anak Anda Boleh Menulis Jawi dengan Cepat dan Tepat?
1. MENULIS JAWI DENGAN ARAH YANG BETUL
Tulisan Jawi ditulis bermula dari arah kanan. Menggunakan Kaedah AWJAD, khususnya pada Papan Operasi Dalil (POD), anak-anak secara langsung akan terus belajar menulis dari arah kanan.
2. MEMADANKAN HURUF RUMI KEPADA JAWI DENGAN BETUL
Dengan menggunakan Kaedah AWJAD anak-anak akan diajar bagaimana memadankan huruf-huruf Rumi dengan huruf Jawi dengan betul. Ini membantu anak-anak yang telah mengenal huruf Rumi untuk menulis Jawi dengan lebih cepat.
3. MELETAKKAN HURUF PADA GARIS HURUF YANG BETUL
Kaedah AWJAD sangat mementingkan kedudukan tulisan huruf-huruf Jawi pada garisan yang betul. Hal ini akan menjadikan tulisan Jawi anak-anak tepat seperti dalam rasm Uthmani.
4. MEMBEZAKAN HURUF YANG BOLEH SAMBUNG DAN TIDAK BOLEH SAMBUNG
Kaedah AWJAD menyelesaikan masalah utama anak-anak dalam membezakan antara huruf yang boleh sambung dengan huruf yang tidak boleh sambung. Dengan pendekatan AVU ZAR zad, anak-anak dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat dan mudah.
5. MENGUBAH WAJAH HURUF DENGAN CEPAT DAN TEPAT
Tulisan Jawi berubah ketika berada di kedudukan awal, tengah dan akhir perkataan. Melalui pendekatan WajHu, kaedah AWJAD menyediakan formula mudah bagi anak-anak menentukan perubahan wajah huruf ketika berada di kedudukan berbeza.
6. MENYAMBUNG HURUF DENGAN KEDUDUKAN TITIK YANG TEPAT
Titik-titik pada huruf-huruf Jawi juga berubah kedudukan ketika bersambung. Melalui kaedah AWJAD, anak-anak diajar menulis kedudukan titik yang tepat berdasarkan piawai Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kandungan Pakej:
- Satu Buku Modul Awjad Jawi Dalil Awjad
- Satu Buku Latihan Menulis Jawi Menggunakan POD
- Satu Buku Latihan Menyambung Huruf Menggunakan Avu Zar Zad
- Satu Buku Kad Pedoman POD & Papan POD
- Satu Set Straw Ajaib
Spesifikasi:
- Ciri Buku: Berwarna
- Saiz Buku: 180 X 255 mm
- Saiz Kad: 170 X 480 mm
- Berat Pakej: 0.340 kg
- SKU: AWJAD